Wednesday, June 25, 2014

Lillahi Taala :)

Bertemu dan berpisah kerana Allah :)

Dear Ros Elisa Deanna Bt Awang, sesungguhnya kehidupan disini amat sukar, lebih sukar dari apa yang selalu aku fikirkan.

Sedih, rasa macam kosong sangat takdak Ros dekat sini. Kekadang rasa sebak, rasa down sangat. kekadang rasa macam putus asa ja nak stay dekat sini. Kekadang rasa macam nak jerit jaaa, "Rosss aku nak hang ada dekat sini dengan aku!!".

Tapi, alhamdullillah sehingga waktu ini, saat ini, diana masih mampu bertahan dan teruskan hidup dengan baik dekat sini. Even rasa SUSAH jugak kekadang, tapi takpalah, as long as sentiasa ingat ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Memang ditakdirkan kita tak dapat U yang sama. Rezeki masing-2, tempat pun mestilah lain-2. Kan? Aku harap aku dapat jumpa hang nanti di hayat yang akan datang, InshaAllah. Aku rindu hang weh :'(

Dear Sahabat Syurga, Do score in your exam. Do enjoy your life in UPNM. Jaga diri, jaga hati, jaga iman :')
Be yourself, aim for your target :) Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk hang.
Fi Hifzillah, Fi Amanillah. May Allah protect you always and forever. Amin ^^

Ukhuwah Fillah. K nite.

*Recently in UiTM Seri Iskandar, Perak
  Diploma Accountancy Part 1 June 2014 :)
  Wish me luck! :D

Wednesday, May 21, 2014

UiTM :)

Assalamualaikum. Bajet busy ja diana semenjak dua menjak ni. huahua :3 Agaklah miserable sikit otak ni dek memikirkan dilema yang melanda diri ini since result UPU dah keluar. *ayatku. sengal :p I've got the course that i want -- my first choice. But then, it's a little bit confusing to make up my mind. Yang Kolej Profesional Mara haritu memang dah reject dah setelah dinasihati oleh my dearest account's teacher, Cikgu Kesuma. Jadi, pilihan yang diana ada hanya UiTM atau Matrik.

For me, both are great, and it's hard for me to choose one of them. Cewahh. So I performed my istikharah and kept on asking for senior's opinions. Dan akhirnya, I decided to be in UiTM. Diana just ambik jalan selamat. And started from that, people around were asking me why i decided to be in UiTM. They are not asking actually, something like despising and whatsoever -_-

K diana selalunya diam ja lah. Lain orang, lain pendapat. Based on pengetahuan dia lah. I just stick on my Cikgu Kesuma words, she said, UiTM one of the best university for accounting's course. Dan jangka masa untuk diana habis degree pun just 5 tahun, sebab boleh transfer credit dari diploma. so sama kan jangka masanya kalau diana masuk matrik? still 5 tahun jugak utk dapat degree. Diana cuma buat pilihan selepas diana nilai kemampuan diri diana. Orang percaya diana mampu dekat matrik, tapi apa boleh buat bila diana sendiri tak pasti samada diana ni mampu ka tidak. Rezeki diana dah ada depan mata, alhamdulillah, diana harap diana tak salah buat pilihan. Bagi diana, takpalah, since diana dah buat keputusan ni, diana cuma nak usaha ja tuntut ilmu bidang yang diana minat ni sebanyak yang mungkin :D

Pra diploma, Form 6, Matrik, Diploma, Asasi -- masing-masing ada kelebihan.
Once you've made your decision, don't let others stand on your way :D
All the best guys, Good Luck :D

p/s : 1/6, new journey to go through.
UiTM Seri Iskandar, UiTM Tapah :D
Hello my coursemates, my future roommates, jumpa nanti dekat sana :D


Thursday, May 8, 2014

Awesome Journey-- 2012/2013

SUCCESS IS A JOURNEY NOT A DESTINATION :)

Assalamualaikum :) k rasa macam terlebih rajin sangat la pulak update blog pepagi. Just blogwalking, randomly, so then terjumpa blog-blog bebudak yang sama macam diana -- SPM leavers a.k.a penganggur terhormat. ceh. haha ada la a few yang turut sama dapat Matrikulasi Selangor, just thinking maybe I can make friends before I get there :) mana lah tahu kan kot-kot satu kelas ka nanti, satu bilik ka, so senang lah sikit. ihiks~ Sama la macam sebelum diana masuk MRSM dulu. Nak pegi tu macam 50-50 sebab takut nak survive dekat sana, main hentam ubi jelah cari bebudak Mrsm beseri dekat facebook. 

   It's better when I've met Nureen Afiqah. She helped me a lot. Sampaikan masa hari daftar tu pun sempat lagi dia reply message diana bila diana ada tanya dia tentang beberapa perkara. Kiranya masa hari pertama sampai sana takda la macam awkward sangat. Cubemates pun baik-baik belaka. (bilik dekat sana orang panggil 'Cube'. So ahli-ahlinya dipanggil 'Cubemates'. Satu Cube 4 orang.) Diana jumpa Nureen pun masa dekat surau, time nak solat maghrib. She asked me, "ni Diana Ezairy ka?", and I was like, "a'ah. hehe". Rasa macam malu pun ada, segan pun ada. Dipendekkan cerita, bebudak beseri amat-amatlah friendly dan peramah. First time jumpa pun, dah boleh cerita macam-macam, from A to Z. Masa perjumpaan Homeroom lagi la best, tak sangka Nureen satu homeroom dengan diana. See? Also one of my cubemates - Seri Sumbawarni. Masa orientasi diana tak rapat sangat dengan sesapa, but then bila kena duduk ikut homeroom, I sat next to cik Seri. Tak sampai berapa kerat menyembang, dah boleh gelak-gelak, sakit perut punya la gelak sebab Seri ni lawak sikit orangnya. Haha but then just rapat pun just sampai situ jelah, bila dah habis program, kehidupan diana dekat sana boleh dikatakan agak susah la bila diana still tak reti nak get along dengan sesapa. 

Budak2 baru yang lain semua dah dapat kawan, tapi diana still sesorang. ish memang sedih gila la waktu tu sebab diana tak pernah hadapi situasi seperti tu sebelum ni dekat sekolah lama. tiap-tiap petang call mak dekat public nangis-nangis nak mintak tukar pegi mrsm merbok. haha sebab ada kawan diana dekat sana. tapi apakan daya, harapan tinggal harapan jelah. sedih sangat rasa, boleh dikatakan setiap hari diana menangis. hahaha macam budak2 form 1 baru masuk asrama ja. masa form 1 dekat asrama batu 5 pun, takdak pulak diana macam tu, dok tengok kawan2 ja, last2 dekat beseri, jadi dekat diri sendiri. haha ambik kau diana. tapi sebenarnya, diana cuma memerlukan masa. haha It's better bila dah masuk kelas.

Masa form 4, 4 Glorious, diana rapat dengan Syasya Suharto (Sye) dan Puteri Nadia Syazana, sebab kami backsider dalam kelas. suka sangat menyembang, tapi masa cikgu mengajar tak sembang la, masing2 bagi full attention lah kononnya, tapi padahal, mengantuk gila rasa. Sye selalu main tumbuk-tumbuk lengan orang, nak bagi fresh balik. semangat nak dapat straight A's sama-sama punya pasal. haha then selalu kongsi-kongsi makan biskut Oat Krunch time cikgu tengah mengajar. senyap-senyap lah kan. ish teruknyaaaa -_- (baru tahu ke yang kau teruk dulu diana?) ^^ masa form 5, 5 Fabulous, diana rapat dengan Rozie, Haida, Munirah, Yana, Arina. Rozie dgn Haida sebab depa ni tablemates diana. still backsider, 3 orang, diana dok tengah. haha kenapa selalu sangat jadi backsider ni? dah semua orang nak dok depan, dengan rela hatinya kami buat tak kisah jelah duduk mana pun. duduk belakang pun okayy apa, betul-betul bawah kipas. haha masa form 5, diana ada geng tidur dalam kelas -- Rozie, Haida.

Masa waktu gap pertukaran cikgu or waktu free cikgu tak masuk kelas, memang kepala atas meja. tapi masa cikgu ada, tak tidur la, tersengguk-sengguk tu ada, selalu sgt. hahaha mostly sebab kami selalu stay up buat homework. kekadang sampai pukul 2-3 pagi tak tidur lagi. kena pulak time kena light off, selalunya pukul 11, then terpaksa lah buat homework guna torch light, or guna fon. p/s - maktab diana boleh bawak fon. itulah, siapa suruh menyembang sangat masa prep malam. *adik-adik, jangan tiru ^^ tapi even rajin sgt tidur dalam kelas pun, both of them selalu score pointer tinggi-tinggi dekat maktab. Rozie, tak 3.7 keatas memang bukan Rozie la :) alhamdulillah result SPM haritu dua-dua dapat 9A. diana kureng sikit la dari mereka mereka sebab yang selalu tidur lebihnya, diana. Takpa, rezeki kan masing-masing, so lain-lain.

k that's it, cerita pasal classmates. sekarang nak cerita psal cubemates pulak. Cubemates diana, Ros Elisa Deanna, Seri Sumbawarni dan Yasmeen Shahidan. *Rindunyaaaaaaaa ^^ k mula-mula masuk memang tak rapat sgt dengan depa sebab kami lain-lain kelas. balik dari kelas, balik cube mesti masing-masing macam diam ja. krikk krikk krikkk~ tapi bila dah lama-lama, belangnya mula menyerlah. haha maggi semangkuk, kopi mahkota dewa secawan pun kongsi 4 orang. hebatt bukan? inilah ukhuwah. haha

Ros dan Seri budak lama. Yasmeen budak mrsm langkawi. after a few weeks, diana rapat dengan Ros, pi mana semua dengan Ros. dimana ada Ros, disitu ada diana. ceh. hahaha time nak tidur diana selalu menyempit dekat katil ros, sebab katil diana selalu semak dengan buku, beg, etc. haha yelah, diana sibuk sikit, petang-petang lepas habis prep petang diana selalu p koop sebab diana Ahli Lembaga Koperasi (ALK). Haha kena susun barang, kemas koop. diana budak akaun so macam bonus la sikit jadi ALK ni. Diana Juruaudit Dalaman (Pelajar). Ihiks. macam hebakk ja bunyinya, padahal takda pun buat kerja-kerja mengaudit ni -_-

Hmm then cikgu-cikgu dekat sini semuanya mesra-mesra, hebat-hebat. Diana agak rapat dengan Cikgu Homeroom diana, Cikgu Harun. Beliau ajar Chemistry. Cikgu Harun memang the best. Haritu tak sempat jumpa beliau masa ambik result SPM. Kecewa lah jugak diana hanya mampu bagi B+ ja dekat Cikgu Harun untuk Chemistry. Dalam kelas Chemistry diana selalu kena tegur sebab selalu tersengguk-sengguk mengantuk. Haha hobi agaknya. Memang patut pun tak score, tidur lagi dalam kelas. K pengajaran. Haha then diana baik dengan Cikgu Akaun diana, Cikgu Kesuma. Beliau sangat-sangatlah baik dan prihatin. Alhamdulillah, berkat ilmu yang diberikan, diana dapat A+ untuk akaun. Diana suka akaun pun sebab Cikgu Kesuma, diana nak sambung akaun pun sebab diana dapat semangat tu dari beliau. Rindu sgt belajar akaun dengan Cikgu Kesuma :')


Le' Cubemates. Haha
Seri, Ros, Me, Yasmeen.

Annual Dinner. Ohyeahh~

Sambutan Hari Raya 2013-- 5F with Cikgu Leman :) Cikgu Addmath kami.

Friendship Night~ Fabulousian. I miss them :')

Hello Homeroomates~ NILAM 12. Yeahh.

Sambutan Hari Raya 2012~ w/ Aecah, Ika, and Seri. HAHA

Kem Kor Kadet Polis MRSM SeMalaysia 2012.
Diana wakil menembak :) ceh. haha

Sejujurnya kehidupan di Beseri, sangat-sangat memberi makna dan impak yang sangat besar dalam diri saya. *wah ayat macam karangan BM SPM :p takdalah. just I learnt a lot there. I learnt how to improve myself to be a better person, I learnt how to be a goooood friend, I learnt how to be independent. Even masa mula-mula sampai sana diana rasa macam diana better dekat sekolah lama, tapi hakikatnya sekarang baru diana sedar, sebenarnya diana lagi better dekat beseri. diana jumpa kekuatan diana, diana jumpa potensi diri diana. ihiks. Most of all, I love everything in Beseri - Teachers, Friends, Cubemates, Classmates, Homeroomates, Batchmates, Seniors, Juniors, makcik Cafe, Abang DS. haha. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Diana bersyukur sangat dapat rasa setiap moments dekat maktab. Allahu, rinduuu sangat :'( hopefully dapat jumpa lagi :)

InshaAllah. Amin.

*just writing :p

Tuesday, April 29, 2014

It's just started XD

Assalamualaikum :) dan HAIIIIIIIIIIIII XD
Lama benaarrr tak update dekat sini. Banyak sangat cerita sampai taktau nak tulis yang mana. Cerita pasal pegi Jitra harituu pun belum tempek lagi dekat sini. Yang tu nanti-2 pun takpa. Plus gambar pun banyak yang hilang sebab memory card damaged -_- lol so terpaksalah nanti bluetooth balik dekat Ros. Ihiks. K meleret. Ramai sangat yang peliks kenapa diana ni macam invisible jaa. They said, it's like they didnt hear anything from me for a longggggggggg time. Yess, of course. Bcos I didnt even update my status on facebook, tweet on twitter, blog, blablabla and what-so-ever. I had a busy life recently. I was working. Waitress - ceh waitress lah sangat. Then, taktahulah macam mana boleh berjangkit pulak demam campak dari adik yang bongsu tu. so then, still tak boleh jugak nak online sangat la sebab memang tak larat yang amat sangat. k macam buat teruk kan. yess-- memang teruk. demam tu it's quite make me so so down. I cant even walk properly, peningggggggg sangat. I thought i can get well in just about a week, tapi tak jugak. diana terkena 2nd infections, kepala, muka, semua jadi bengkak-2. the period of time to get recover was getting longer. Terpaksa tak pergi Interview Mara Programme Foundation Twinning Oversea dekat Kolej Mara Seremban kelmarin. Rasa rugi sangat tak dapat pegi :'( tapi bukan rezeki kot mungkin sebab tu tak dapat sampai sana. tapi Alhamdulillah, diana dapat offer Kolej Profesional Mara dengan Matrik Selangor :)
Kolej Profesional Mara --

Matrik --

So then sekarang dah pening, where I should go. yang KPM tu kena sahkan terima tawaran atau tak before 02/05/14, even tarikh daftar dia memang lambat sangat2 lagi. k feninggg :'( Hopefully tak salah buat pilihan. Hasbiallahuwani'mawakil :)

Saturday, March 22, 2014

Alhamdulillah :)

Fi Amanillah -- In protection of Allah :)

Assalamualaikum :)
Akhirnya dapat juga update dekat sini setelah sekian lamanya. Huahua :3 kalau haritu pakat sibuk update tentang kerisauan nak ambik result, harini pakat meluahkan kegembiraan :) Tahniah untuk semua sebab akhirnya kita berjaya meghadapi hari semalam. Yeay! Haha alah SPM je pun. Ye dok? Yess -- Just a ticket to pass through a better journey of life. Cewahh. but then tak semestinya yang dapat kurang daripada yang diharapkan tu tidak ada peluang untuk mencipta masa depan yang lebih cemerlang. Sesungguhnya Allah dah aturkan sesuatu yang lebih hebat pada masa yang akan datang. InshaAllah. Yang berjaya untuk dapatkan keputusan yang cemerlang, Congratulations dear :)

Best pagi semalam sebab dapat jumpa kawan-kawan cikgu-cikgu junior-junior. Best juga sebab semalam dapat peluk cik Ros Elisa sebaik saja dapat result. Hahahaha I cried. The best feeling ever when you have your bestfriend's shoulder to cry on :) I was crying bcos my result really really out of my expectation. It's not good enough actually, but then still Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan juga Maha Pemurah.

Dapat banyak atau sikit, both will test you then -- seriously, ia satu ujian juga sebenarnya, kena jaga hati untuk lari daripada sifat riak, tabarruj dan juga suma'h. Dan juga kena jaga hati daripada terlalu kecewa sehingga tak dapat terima. Just move on, keep on praying, rezeki masing-masing. Allah itu kan Maha Adil.

To all of Renovacian -- MRSM Beseri SPM 12/13, Congrates. Even tak berjaya nak jadi sekolah terbaik dalam Perlis, but then kita berjaya gembirakan hati cikgu-cikgu. Kan? Dan sedikit sebanyak berjaya juga naikkan nama MRSM Beseri :) Alhamdulillah. Terima Kasih Cikgu :)

To all my friends in SMK Batu Lima, Congrates too. All of you the best!

Ranking SPM 2013 Maktab Rendah Sains Mara
Dear Batchmates, we have changed it better. Yess -- We really do. No.30 -- it's not too good, but still Alhamdulillah.

We make it real :)

Huahuahua :p



Kesatuan Jiwa. HAHA Here it is -- Fabulousian. 5 Fabulous 2013. HAHA
from the left (back) -- Aris Adham, Syafiq Amran, Afief Fikri, Azwan, Fahmi Azizi, Anas Zuhair, Nazmi
(front) -- Ilyana, Arina, Munirah, Haida, Diana
ramai yang takdak time ambik gambar ni -- Afif Izzudin, Zamzam, Azam Faiz, Haziq Yusop, Rozie Rohaizad, Ooi Sze, Ying Hui, Wong Hang siang.

Proud to have 10A's student's in our class, Congrates to Afif a.k.a Chubby, Ying Hui, Ooi Sze and the best student, Wong Hang Siang :)

Terima Kasih Ya Rabb.
 Dear our Teachers -- tadika, SK rendah, SK menengah, MRSM Beseri, You Are All the best. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan kepada kami semua. Terima kasih kerana selalu mendidik dan mendoakan  kami tanpa rasa jemu :) Semoga cikgu-cikgu semua sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah. Amin.

Dear our parents, Terima kasih kerana telah berusaha sebaik yang mungkin untuk membesarkan kami dan mendoakan serta menyokong, memenuhi segala keperluan kami sepanjang zaman persekolahan yang telah kami lalui selama ini.
.
Dear schoolmates, Dear Homeroomates, Dearest Cubemates, Dearest Classmates 5 Fabulous ad 4 Glorious, TERIMA KASIH yang teramat sangat-sangat untuk segalanya. I mean, segala kegembiraan, keseronokan, kebisingan, kekecohan, ke'bengang'an dan juga kekecewaan yang telah dikongsi bersama sepanjang 2012 dan juga 2013. We are the best :) Rindunyaaaaaa maktab! Rinduuuuu semuanyaa :'( Allahu. Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat kelak.

Till meet again. If Allah wills.

Jaga diri, jaga hati, jaga iman :) Ukhuwah Fillah ^^

p/s :: Terima Kasih to my great awesomeeeeeeee bestfriend, sahabat syurga Cik Ros Elisa Deanna kerana meminjamkan bahunya. Hahaha ayat aku. lol. then thanks for all of the wishes. I do have great friends around me - yang sentiasa saling mendoakan. Alhamdulillah.

Wednesday, March 12, 2014

Hati, Teruskan Berdoa :)

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
La Takhaf wa La Tahzan
Innallaha Ma'ana
Jangan takut dan jangan bersedih :)
Sesungguhnya Allah bersama kita.

Assalamualaikum. We all know that SPM's result will be released on 20 March right? hewhew~ okayy. Sila takut ya batch 96 ^^ Renovacio MRSM Beseri, hopefully kita semua dapat result yang cemerlang hendaknya. NERVOUS--SCARED. yess, really. I really scared when somebody keep on talking about the result. Sedih pun ada sebenarnya, sebab diana serius tak yakin dengan result diana. LANGSUNG. Rasa takut sangat nak hadapi segala kenyataan pada 20hb ni. I think, I've spoilt my SPM. Ya Allah bantu aku, Semoga apa pun keputusannya, aku mampu hadapinya dengan hati yang terbuka, menerima rezeki yang selayaknya yang Engkau kurniakan kepadaku :'( Serious, hilang semangat nak ke maktab nanti. Rasa macam nak kecewa ja nanti ni, dok rasa macam tu lama dah. But then, nevermind. Seronok pun ada jugak nak ke maktab tercinta sebab nak jumpa kengkawan dan cikgu-cikgu :) result tu tata tata jelah. Huahua :3 Orang lain semuanya yakin dengan result, tapi diana? oh tidakkkk. risau. takpalah, insyaAllah saya akan terima. mestilah kena terima kan, bukannya boleh ulang dah pun. Keep calm, Dia tahu yang terbaik kan. Dia tahu usaha kita setakat mana, dan Dia juga akan berikan keputusan yang berpatutan dengan usaha kita. Okay, takpa, jangan risau teruskan berdoa. Who knows, there is a miracle! Tak mustahil bukan? *sedapkan hati sendiri. 

ALLAH - Engkau lah Maha Mendengar, yang mendengar setiap baris doa-doa kami siang dan malam. Semoga Engkau memakbulkan segala doa-doa kami untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2013 ^^ Amin Ya Rabbal Alamin.

*PRAY FOR MH370

Monday, March 10, 2014

improving :)

Ayuh istiqamah :D Jaga diri, jaga hati, jaga Iman.
Moga Allah redha. Amin :)